Baharuddin Abdul Latif

Baharuddin Abdul Latif merupakan seorang ahli politik Malaysia dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol, Perak yang pertama dari tahun 1959-1964 selepas memenangi dalam Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959. Beliau merupakan antara pelopor penubuhan PAS[1]. Di peringkat parti, beliau pernah menjadi Setiausaha Agung PAS dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.